fbpx

Blog

Kelebihan dan Kelemahan Tersendiri

special needs student learning

Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Tidak bermakna manusia yang ditakdirkan istimewa ini tidak boleh berbuat apa-apa. Mahupun segelintir daripada mereka mempunyai macam-macam masalah seperti sukar untuk bercakar, saya percaya ada kebolehan yang boleh kita asah supaya mereka mampu sekurang-kurangnya buat sesuatu yang berfaedah.

Our patient tutors looking over students work at their own pace

Sepanjang pengalaman saya mengajar mereka di Infinite Minds Academy, memang bermacam-macam murid yang telah saya hadapi, namun setiap daripada mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kelebihan ini mungkin ada disetiap manusia, namun tidak dikembangkan dengan sewajarnya. Sudah menjadi tugas kami sebagai guru dan tenaga pengajar untuk membimbing dan mengembangkan potensi mereka ini. Bakat ini tidak akan berkembang tanpa sebarang usaha, oleh itu setiap usaha ini akan main peranan untuk membina jati diri dan disiplin mereka. Setiap usaha yang dititik beratkan, sedikit sebanyak akan mempengaruhi imej mereka. 

Students are taught in hands-on experience

Segelintir daripada mereka hanya perlu bimbingan yang sedikit, dan ada juga yang bimbingan yang lebih. Tidak bermakna mereka yang memerlukan lebih bimbingan merupakan golongan yang kurang “berkemampuan”, tidak juga mereka yang memerlukan sikit bimbingan merupaka golongan yang lebih maju. Justeru janganlah terasa lemah apabila mempunyai kekurangan keupayaan, kerana seperti yang diperkatakan oleh Scott Hamilton “The only disability in life is a bad attitude”.

The only disability in life is a bad attitude

Scott Hamilton